Sunday 17 November 2013

Juzuk 9



JUZUD 9
AL-A'RAF (Benteng Tinggi) 88~206 
Al-ANFAL  (Rampasan) 1~40.

 
AL-A'RAF (Benteng Tinggi) 88~206
88. Pemuka-pemuka yang tidak percaya dari antara kaumnya itu berkata; “sesungguhnya kami akan keluarkan mu, hai Syuib ! dan orang-orang yang percaya kepada mu, dari negeri kita, kecuali kamu kembali menurut agama kami”.  bertanya Syuib; “apakah (mesti begitu) walau pun kami tidak suka ?”.
89. “Sesungguhnya (bererti) kami adakan dusta atas nama Allah, jika kami kembali kepada agama kamu, sesudah Allah selamatkan kami daripadanya, dan tidaklah kami kembali kepada nya melainkan jika dikehendaki oleh Allah,  Tuhan kami. Meliputi pengetahuan Tuhan kami, akan tiap sesuatu. Kepada Allah lah kami berserah diri”. “Hai Tuhan kami ! buka kan lah kebenaran antara kami dan kaum kami, kerana engkaulah sebaik-baik pembuka (kebenaran)”.
90. Dan pemuka-pemuka yang kafir dari kaumnya berkata; “jika kamu ikut Syuib, sesungguhnya adalah kamu ketika itu orang-orang yang rugi”.


91. Oleh sebab itu, mereka ditimpa oleh gempa, lalu jadilah mereka orang-orang yang terbenam ditempat kediaman mereka.
92. Mereka yang mendustkan Syuaib, seolah-olah tak pernah tinggal ditempat itu. Mereka mendustakan Syuaib, adalah orang-orang yang rugi.
93. Lalu ia berpaling dari mereka, dan berkata; “hai kaumku  ! sesungguhnya aku telah sampaikan kepada kamu ayat-ayat Tuhan ku dan aku telah beri nasihat kepada kamu, lantaran itu, bagaimanakah bisa aku berdukacita atas orang-orang kafir ?”.
94. Dan tidaklah kami utus seorang nabi disatu desa, melainkan kami kenakan penduduk nya kesusahan dan kemelaratan, supaya mereka mahu merendah.
95. Kamudian kami gantikan kebaikan ditempat kejahatan, hingga mereka jadi baik dan mereka berkata; “sesungguhnya kemelaratan dan kebahagian telah mengenai bapa-bapa kita”.  Lalu kami seksa mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak sadar.
96. Dan jikalau penduduk negeri-negeri itu, beriman serta berbakti, nescaya kami kurniakan atas mereka beberapa kurnia dari langit dan bumi, tetapi mereka dustakan, lalu kami seksa mereka lantaran apa yang mereka telah usahakan.
97. Maka apakah penduduk negeri-negeri itu (merasa)  aman (daripada) kedatangan seksa kami diwaktu malam, pada hal mereka sedang tidur?”.
98. Atau apakah penduduk negeri-negeri itu (merasa) aman (daripada)  kedatangan seksa kami pada waktu pagi, ketika mereka sedang bermain-main ?”.
99. Maka apakah mereka (merasa) aman (daripada) percubaan Allah “, kerana tidaklah ada yang merasa aman daripada percubaan  Allah, melainkan kaum yang rugi. 
100. Apakah tidak nyata bagi orang-orang yang mewarisi bumi sesudah ahlinya, bahawa kalau kami mahu, nescaya kami seksa mereka lantaran dosa-dosa  mereka, dan kami akan mentarai atas hati-hati mereka lantaran mereka tidak mahu mendengar ?


101. Negeri-negeri itu, kami ceritakan kepada mu sebahagain daripada cerita-ceritanya, dan sesungguhnya telah datang kepada mereka beberapa Rasul buat mereka, dengan membawa keterangan-keterangan, tetapi mereka tidak mahu percaya kepada apa yang mereka telah dustakan lebih dahulu, demikianlah Allah mentarai atas hati-hati orang-orang yang tidak mahu percaya.
102. Dan tidaklah kami dapati kebanyakan dari mereka (menetapi) janji tetapi sesungguhnya kami dapati kebanyakan dari mereka melewati batas.
103. Kemudian, sesudah mereka itu, kami utuskan Musa dengan mambawa ayat-ayat kami kepada Firaun dan golongan nya, tetapi mereka tidak percaya kepada ayat-ayat  itu, maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mengadakan kerosakan.
104. Dan Musa berkata; “hai Firaun ! sesungguhnya aku ini utusan dari Tuhan yang mempunyai sekelian makhluk”.
105. “Betul-betul aku tidak berkata melainkan yang benar, sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan (membawa)  keterangan dari Tuhan kamu.  Lantaran itu, biarkan lah Bani Isreal bersama ku”.
106. Kata Firaun; “jika engkau datang dengan (membawa)  satu muzizat, maka unjukkan lah dia, jika betul engkau daripada orang-orang yang benar”.
107. Lalu ia lemparkan tongkatnya dan tiba-tiba  (adalah) ia satu ular yang nyata.
108. Dan ia keluarkan tangannya, maka tiba-tiba (adalah) ia putih bagi orang-orang yang melihat nya.
109. Berkata pembuka-pembuka dari kaum Firaun; “sesungguhnya ia itu seorang ahli sihir yang pintar”.
110. “Ia mahu keluarkan kamu dari bumi kamu, oleh kerana itu, bagaimanakah mesyuarat kamu?”


111. Mereka berkata; “berikan lah tempoh dulu kepadanya dan kepada saudaranya, dan kirimlah (utusan-utusan) kenegeri-negeri untuk mengumpulkan”.
112. “Nanti mereka akan datang kepada mu  dengan (membawa) tiap-tiap ahli  sihir yang pandai”.
113. Dan datanglah ahli-ahli sihir kepada Firaun sambil berkata; “sesungguhnya adakah upah bagi kami, jika kami yang menang ?”.
114. Jawab Firaun; “ya ! malah  kamu  (akan jadi) daripada orang-oranng yang didekati”.
115. Mereka berkata; “hai Musa ! engkau kah yang akan unjukkan (sihir mu) atau kamikah (yang lebih dahulu) unjuk kan?”.
116. Musa berkata; “unjuk kan lah (dahulu)”, maka tetakala mereka unjukkan mereka tipu  mata-mata manusia, dan mereka bikin takut, kerana mereka keluarkan satu sihir yang besar.
117. Dan Kami  wahyukan kepada Musa; “hendaklah engkau lemparkan tongkat mu”,  maka tiba-tiba tongkat itu menelan (perbuatan sihir) yang mereka unjukan.
118. Maka tetaplah kebenaran, dan hilanglah apa yang mereka kerjakan.
119. Lantaran itu, kalahlah mereka disana, dan kembalilah mereka dengan merendah diri.
120. Dan tunduklah ahli-ahli sihir itu bersujud.


121. Mereka berkata; “kami beriman kepada Tuhan bagi sekelian makhluk”.
122. “(ialah) Tuhan bagi Musa dan Harun”.
123. Firaun berkata; “apakah kamu percaya kepadanya, sebelum aku memberi izin kepada kamu ? sesungguhnya ini satu tipuan yang kamu kerjakan dalam negeri ini, kerana kamu hendak keluarkan penduduknya daripadanya.  Lantaran itu kamu akan ketahui”.
124. “(iaitu) aku akan potong tangan-tangan  kamu dan kaki-kaki kamu berselang, kemudian aku akan sula kamu sekelian”.
125. Mereka jawab; “sesungguhnyake pada Tuhan kami lah kami akan kembali”.
126. “Kerana tidak engkau benci kepada kami, melainkan (kerana) kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, tetakala sampai kepada kami. Hai Tuhan kami ! berilah kami kesabaran dan terimalah kami (dalam keadaan) beragama Islam”.
127. Dan berkata pemuka-pemuka kaum firaun; “apakah engkau biarkan Musa dan kaumnya berbuat kerosakan dibumi dan tinggalkan mu dan Tuhanmu?” jawab firaun; “kita akan bunuh anak-anak laki-laki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, kerana sesungguhnya kita sangat berkuasa atas mereka”.
128. Musa berkata kepada kaumnya; “mintalah pertolongan kepada Allah dan sabarlah, (kerana)  sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, ia akan wariskan nya kepada siapa yang ia sukai dari hamba-hambanya, dan kesudahan (yang baik) itu, adalah bagi orang-orang yang berbakti”.
129. Mereka berkata; “kami disakiti (oleh mereka) sebelum engkau datang kepada kami dan  sesudah engkau datang kepada kami”.  sahut Musa; “mudah-mudahan Tuhan kamu akan binasakan musuh-musuh kamu, dan ia akan jadikan kamu khalifah dibumi, tetapi ia akan lihat bagaimana kamu bekerja”.
130. Dan sesungguhnya kami telah kenakan kepada keluarga firaun kekeringan dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka mahu ingat.


131. Maka apabila datang kepada mereka kesenangan,  mereka berkata; “bagi kami (balasan) ini”, dan jika mengenai mereka kesusahan, mereka anggap Musa dan orang yang bersamanya itu sial. Katakanlah, bahawa kesialan mereka itu tidak lain melainkan disisi Allah, tetapi kebanyakan dari mereka tidak mahu,
132. Dan mereka berkata; “apa sahaja keterangan yang engkau bawa kan kepada  kami untuk engkau shiir’i kami dengan nya, maka tidaklah kami akan percaya kepada mu”.
133. Lalu kami katakan atas mereka (bahaya) taufan, dan belalang-belalang dan kutu-kutu dan kodok-kodok dan darah, sebagai tanda-tanda yang nyata, tetapi mereka tidak percaya, kerana adalah mereka itu kaum yang derhaka.
134. Dan tetakala azab menimpa mereka, berkatalah mereka; “hai Musa ! mintakan kepada  Tuhan mu (keselamatan) untuk kami  dengan (berkat) apa yang ia  telah janjikan pada mu. Sesungguhnya jika engkau hilangkan azab itu dari kami, nescaya kami akan beriman kepada mu dan (tentu) kami akan biarkan bani Israil bersama mu”.
135. Maka tetakala kami hilangkan azab itu dari  mereka, hilang satu masa yang mereka sampai padanya, tiba-tiba mereka memungkiri.
136. Maka kami balas mereka dan kami tengelamkan mereka dalam laut, dengan sebab mereka dustakan ayat-ayat kami dan (kerana) mereka lalai daripadanya.
137. Dan kami wariskan kepada kaum yang tertindas itu, akan timur-timur bumi dan barat-baratnya yang kami beri berkat padanya, dan sempurnakan kalimah Tuhan mu yang baik atas bani Isreal, lantaran mereka sabar, dan kami telah hancurkan apa-apa yang dibikinkan oleh Firaun dan kaumnya dan apa-apa  yang mereka dirikan.
138. Dan kami telah tolong bani Isreal menyeberang laut, lalu mereka berjumpa satu kaum yang menyembah berhala-berhalanya, lalu mereka berkata; “Hai Musa ! bikin kan lah buat kami satu tuhan sebagaimana mereka itu yang bodoh”.
139. “Sesungguhnya mereka itu akan dibinasakan keadaan mereka, dan batallah apa yang mereka kerjakan itu”.
140. Ia berkata; “Apakah patut selain dari Allah aku carikan untuk kamu (sebagai) tuhan, pada hal ia telah muliakan kamu atas sekelian manusia?”.


141. Dan (ingatlah) tetakala kami selamatkan kamu dari keluaga Firaun, pada hal mereka sedang kenakan kamu seksaan yang pedih, mereka bunuh anak-anak laki-laki  kamu dan mereka biarkan hidup anak-anak perempuan kamu, sedang  dalam (kejadian) yang demikian itu ada satu percubaan yang besar dari Tuhan kamu
142. Dan (ingatlah) kami telah janjikan kepada Musa tiga puluh malam, tetapi kami sempurnakan dia dengan  (tambahan) sepuluh (malam), maka sempurnalah waktu perjanjian Tuhan nya empat puluh malam, dan Musa berkata kepada saudaranya, Harun; “gantikan lah akan daku pada (pimpinan)  kaumku, dan buatlah kebaikan dan janganlah turut jalan orang-orang yang mengadakan kerusuhan”.
143. Dan tetakala Musa datang diwaktu (yang) kami (tentukan itu) dan Tuhan nya berkata-kata dengan dia, berkatalah ia; “hai Tuhan ku !  unjukkan lah (dirimu) kepada ku supaya ku melihat kepada  mu”. Ia berfirman; “engkau tidak bisa lihat akan daku, tetapi lihatlah kegunung itu, jika ia tetap pada tempatnya, maka engkau akan melihat akan daku. Maka tetakala Tuhan nya unjukkan diri kepada gunung tadi, maka (penunjuk diri) itu jadikan dia hancur dan jatuhlah Musa dengan pengsan. Maka tetakala ia sadar, berkatalah ia; “maha suci engkau ! aku taubat kepada mu, dan aku lah orang yang pertama beriman”. 
144. (Allah) berkata; “hai Musa ! sesungguhnya aku telah pelihara mu atas sekelian manusia dengan risalah-risalah ku dan kalamku, oleh  kerana itu, ambillah apa yang aku kasihkan kepada mu, dan jadilah daripada orang-orang yang berterima kasih”.
145. Dan kami telah tuliskan baginya LUH (taurat) itu, tiap-tiap suatu sebagai nasihat dan penerangan  bagi tiap-tiap sesuatu, lantaran itu, peganglah dia dengan sesungguh-sungguh dan  perintahlah kaum mu mengambil yang sebaik-baiknya. Aku akan unjuk kan kepada kamu tempat orang-orang yang melewati batas.
146. Aku akan palingkan ayat-ayat ku dari mereka yang takbur dibumi dengan tidak benar, kerana (walaupun) mereka lihat  tiap-tiap keterangan, tidak mahu mereka percaya kepadanya, dan (walaupun) mereka tahu jalan pertunjukan, tidak mahu mereka ambil dia sebagai satu jalan, tetapi jika mereka lihat jalan kesesatan, mereka ambil dia sebagai satu jalan, yang demikian itu, kerana mereka telah mendustakan ayat-ayat kami, dan adalah mereka lalai daripadanya.
147. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan pertemuan akhirat itu, gugurlah amal-amal mereka, bukankah mereka tidak akan dibalas melainkan apa yang mereka telah kerjakan ?
148. Dan sesungguhnya, kaum Musa jadikan perhiasan mereka seekor anak sapi yang berjasad, yang ada baginya saudara, tidak kah mereka fikirkan, bahawa ia tidak bisa omong dengan mereka dan tidak bisa beri pertunjukan kepada mereka satu jalan ? mereka jadikan dia (berhala) dan adalah mereka itu, orang-oranng yang zalim.
149. Dan tetakala mereka menyesal dan lihat, bahawa mereka telah sesat, mereka berkata; “sesungguhnya jika Tuhan kita tidak memberi rahmat kepada kita dan tidak mengampuni kita, nescaya jadilah kita dari golongan orang-orang yang rugi”.
150. Dan tetakala  Musa kembali kekaum nya dengan marah dan dukacita, ia berkata; “jelek sekali apa yang kamu kerjakan dibelakangku sesudahku, apakah patut  kamu mendahului perintah Tuhan  kamu ?” lala ia buang LUH (taurat) itu dan ia pegang kepada saudaranya sambil menarik dia kepadanya.   Kata (Harun) Hai anak ibu ku ! sesungguhnya kaum itu, pandang (diri) ku lemah dan hampir mereka bunuh akan daku, oleh sebab itu, janganlah engkau sukakan musuh terhadap ku  dan janganlah engkau masukkan ku bersama orang-orang yang zalim”.


151. Ia berkata; “hai Tuhan ku ! ampunkan lah daku dan saudaraku, dan masukkan lah kami dalam rahmatmu, kerana engkaulah yang amat penyayang dari antara penyayang”.
152. Sesungguhnya orang-orang yang menjadikan anak sapi (sebagai tuhan itu), akan mengenai mereka kemarahan dari Tuhan mereka dan kehinaan dipenghidupan dunia, kerana demikianlah kami balas orang-orang yang membuat dusta.
153. Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan , kemudian sesudah itu mereka taubat dan beriman (maka) sesungguhnya Tuhan mu sesudah itu, pengampun, penyayang.
154. Dan tetakala kemarahan itu berhenti dari Musa, ia ambil Al-LUH (taurat)  yang didalam tulisan dan petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka.
155. Dan Musa pilih tujuh puluh orang laki-laki  dari antara kaumnya untuk pertemuan kami, maka tetakala gempa mengenai mereka, berkata Musa “hai Tuhan ku ! kalau engkau mahu, tentu engkau sudah binasakan mereka dan akan daku lebih dahulu. Apakah engkau hendak binasakan kami, lantaran apa yang dikerjakan oleh orang-orang yang bodoh dari antara kami ? ini tidak lain, melainkan percubaan mu. Engkau sesatkan siapa yang engkau kehendaki dan engkau pimpin siapa yan engkau kehendaki. Engkaulah penolong kami, oleh kerana itu ampunkan kami dan berilah kami rahmat, kerana (adalah) engkau sebaik-baik pengampun”.
156. “dan tuliskan lah kebaikan bagi kami didunia ini dan diakhirat. Sesungguhnya kami bertaubat kepada mu”.  Ia berfirman; “azab ku, aku akan kenakan kepada siapa yang aku kehendaki, dan rahmat ku meliputi tiap-tiap sesuatu, maka aku akan tuliskan dia bagi orang-orang yang berbakti dan mengeluarkan zakat dan (bagi) orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami”.
157. “Yang menurut Rasul, (iaitu) Nabi yang ummi yang mereka dalam taurat dan injil, ia menyuruh mereka berbuat baik, dan ia melarang mereka daripada kejahatan, ia halalkan bagi mereka barang-barang yang baik, dan ia haramkan atas mereka barang-barang yang jelek, dan ia hilangkan dari mereka keberatan-keberatan dia dan belengu-belengu  yang  ada atas mereka, maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakan dia dan menolong dia, serta turut cahaya yang diterangkan bersamanya, mereka itu ialah orang-orang yang berbahagia”.
158. Katakan lah; “hai manusia ! sesungguhnya aku (ini) seorang utusan Allah kepada kamu sekelian, (ialah Tuhan) yang mempunyai kerajaan langit-langit dan bumi, tidak ada sebarang tuhan, melainkan Dia. Ia menghidupkan dan Ia mematikan, oleh itu berimanlah kepada Allah dan Rasulnya, (iaitu) Nabi yang  ummi yang beriman kepada Allah dan perintah-perintah nya dan turutlah dia supaya  kamu terpimpin”.
159. Dan dari kaum Musa ada satu  golongan yang memimpin (manusia) dengan kebenaran, dan dngan (kebenaran) itu, mereka berlaku adil.
160. Dan kami bahagi-bahagi mereka jadi dua belas keluarga (sebagai) umat-umat dan  kami wahyukan kepada Musa, tetakala kaumnya minta minuman kepdanya; “Hendaklah engkau pukul batu itu dengan tongkat mu”. Lalu terpancarlah daripadanya dua belas mata air, yang sesungguhnya tiap-tiap golongan tahu tempat minum mereka, dan kami telah teduhkan atas mereka (dengan) mega dan kami turunkan atas mereka manna dan salwa, (kami berkata); “makanlah yang baik-baik dari  apa yang kami telah kurniakan kepada kamu”, dan tidaklah mereka menganiayai kami, tetapi adalah mereka menganiayai diri-diri mereka (sendiri).


161. Dan (ingatlah) tetakala dikatakan kepada mereka; “tinggal lah dalam negeri ini dan makanlah daripadanya apa-apa yang kamu suka, dan katalah; “(kami) minta ampun”, dan masuklah kepintu (negeri) itu sambil merendah diri, nascaya kami ampunkan dosa-dosa kamu. Kami akan tambah (ganjaran) bagi orang-orang yang berbuat kebaikan”.
 162. Maka orang-orang yang zalim dari antara mereka itu telah tukar perintah (dengan apa) yang tidak dikatakan kepada mereka. Maka kami turunkan atas mereka azab dari langit dengan sebab kezaliman mereka.
163. Dan tanyalah kepada mereka dari hal negeri yang dekat laut itu, tetakala  mereka melewati batas pada hari kelapangan, (iaitu) waktu datang kepada mereka ikan-ikan (untuk) mereka dengan berturut-turut pada hari kelapangan  mereka, sedang dihari yang mereka tidak ambil kelapangan, tidaklah ikan-ikan itu datang kepada mereka. Demikianlah kami beri percubaan kepada mereka dengan sebab  mereka telah melewati batas.
164. Dan (ingatlah) tetakala segolongan  daripada mereka berkata; “mengapa kamu nasihati satu kaum yang Allah akan binasakan atau akan azab mereka dengan azab yang pedih ?” mereka menjawab “untuk melepaskan kewajipan (kami) kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka berbakti”.
165. Maka tetakala mereka lupa kepada apa yang diingatkan kepada mereka, kami selamatkan orang-orang  yang melarang (mereka) dari (mengerjakan) kejahatan, dan kami seksa orang-orang yang menganiayai (diri sendiri) dengan satu azab yang pedih, lantaran mereka melewati batas.
166. Maka tetakala mereka melanggar apa yang dilarang mereka mengerjakan nya, kami berkata kepada mereka; “jadilah kera yang hina”.
167. Dan (ingatlah)  tetakala Tuhan mu memberitahu, bahawa sesungguhnya ia akan bangkitkan atas mereka, hingga hari kiamat, kaum yang akan  mengenakan kepada mereka azab yang  jelek, sesungguhnya Tuhan mu itu, lekas seksaan nya dan sesungguhnya ia itu pengampun, penyayang.
168. Dan kami jadikan mereka dibumi beberapa umat, sebahagian daripada mereka, ada yang soleh dan  sebahagian daripada mereka tidak demikian, dan kami beri percubaan kepada mereka dengan kebaikan-kebaikan dan kejahatan-kejahatan, supaya mereka bisa kembali.
169. Maka sesudah mereka itu diganti oleh satu kaum yang mewarisi kitab ini sambil berkata; “akan diampuni kami”, dan jika datang kepada mereka barang yang seperti itu, mereka akan ambil dia (lagi), bukankah telah diambil perjanjian dari mereka dalam kitab itu, bahawa mereka tidak boleh berkata atas nama Allah, melainkan kebenaran, dan mereka (pun) sudah baca apa  yang ada pada nya ? pada hal negeri akhirat, lebih baik bagi mereka yang berbakti, oleh kerana itu, tidaklah kamu mahu mengerti ?
170. Dan orang-orang yang berpegang dengan kitab (mereka)  dan mendirikan sembahayang, sesungguhnya kami tidak akan siakan balasan bagi orang-orang yang beamal soleh.


171. Dan  (ingatlah) tetakala kami angkat gunung itu diatas mereka, seolah-olah sebagai satu atap, dan mereka sangka, bahawa gunung itu akan jatuh atas mereka (lalu kami berkata); “peganglah dengan kuat (kitab) yang kami telah berikan kepada kamu, dan ingatlah apa yang ada padanya, supaya kamu terpelihara”.
172. Dan (ingatlah) tetakala kamu keluarkan anak cucu adam dari tulang-tulang belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi atas diri-diri mereka; “bukankah aku Tuhan kamu ?” mereka berkata; “betul ! kami menyaksikan” , yang demikian supaya kamu (tidak) berkata pada hari kiamat; “sesungguhnya kami lalai dari ini”.
173. Atau supaya kami (tidak) berkata; “hanyalah yang musrik itu ialah bapa-bapa kami dari dahulu,  dan adalah  kami ini anak cucu sesudah mereka, oleh kerana itu, apakah engkau hendak binasakan kami lantaran apa yang dikerjakan oleh orang-orang yang berbuat kesalahan?”.
174. Dan demikianlah kami terang-terangkan ayat, dan supaya mereka kembali.
175. Dan bacalah kepada mereka khabar orang yang kami datangkan kepada nya ayat-ayat kami, tetapi ia berpaling dariadanya, antara itu, syaitan jadikan dia pengikutnya, maka jadilah ia daripada orang-orang yang sesat.
176. Dan jikalau kami mahu, nescaya kami sudah tinggikan dia dengan itu, tetapi ia melekat dibumi dan menurut hawa nafsunya, maka bandingan (adalah) seperti anjing, yang jika engkau halau dia, ia termengah-mengah atau kalau engkau biarkan dia, ia termengah-mengah, yang demikian itu ialah bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat kami, Oleh yang demikian, ceritakan lah cerita-cerita itu supaya mereka mahu fikirkan.
177. Jelek perbandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat kami, dan akan diri-diri mereka sendirilah mereka menganiayai.
178. Barang siapa dipimpin oleh Allah, maka ialah orang yang terpimpin (dijalan yang lurus), dan barang siapa disesatkan oleh Allah, maka adalah mereka itu orang-orang yang rugi.
179. Dan sesungguhnya  kami telah sediakan untuk neraka, beberapa banyak dari kaum Jin dan Manusia yang mempunyai hati-hati, (tetapi) tidak mahu mengerti dengan nya, dan mempunyai mata-mata, (tetapi) tidak mahu melihat dengan nya dan mempunyai telinga-telinga (tetapi)  tidak mahu mendengar dengan nya, mereka itu seperti binatang, malah mereka lebih sesat, mereka itu orang-orang yang lalai.
180. Dan bagi Allah lah nama-nama yang baik, oleh kerana nya, serulah akan dia dengan (nama-nama) itu dan biarkan orang-orang yang kufur kepada nama-nama nya. Mereka akan dibalas menurut apa yang mereka telah kerjakan.


181. Dan dari antara yang kami jadikan, ada satu umat yang memimpin (manusia) dengan kebenaran, dan dengan (kebenaran) itulah mereka lakukan keadilan.
182. Dan orang yang mendustakan  ayat-ayat kami,  akan kami lalaikan mereka dengan kesenangan dari jurusan yang mereka tidak tahu. 
183. Dan aku beri tempoh bagi mereka, sesungguhnya pembalasan ku itu sangat taguh.
184. Tidak kah mahu mereka fikirkan ? teman mereka itu, tidak gila. Ia tidak lain melainkan seorang pengancam yang nyata.
185. Apakah mereka tidak mahu fikirkan tentang kerajaan langit-langit dan bumi dan (tentang) apa-apa yang Allah jadikan ? kerana sesungguhnya bisa jadi telah dekat ajal mereka.  Maka kepada omongan apakah (lagi) sesudah itu, mereka mahu percaya ? 
186. Barang siapa disesatkan oleh Allah, maka tidaklah ada baginya pimpinan, dan ia biarkan mereka bingong didalam kesesatan.
187. Mereka akan bertanya kepada mu tentang hari kiamat; “kapan datangnya?”  katakanlah; “hanya pada sisi Tuhan ku lah ilmu nya, tidak ada yang bisa menampak kan dia pada waktunya, melainkan ia, besar (urusan nya) dilangit dan dibumi, ia tidak datang kepada kamu, melainkan dengan tiba-tiba”. Mereka akan bertanya kepada mu (dari hal itu) seolah-olah engkau tahu dia. Katakan lah; “hanya pada sisi Allah lah ada ilmu nya, tetapi kebanyakan  manusia tidak mengetahui”.
188. Katakan lah; “aku tidak bisa mendatangkan menafaat bagi diriku dan tidak (bisa menolak) bahaya, melainkan apa yang dikehendaki oleh Allah, kerana jikalau aku tahu urusan ghaib, tentu aku kumpulkan banyak harta dan (tentu) kesusahan tidak mengenai ku, tidaklah aku ini melainkan pengancam dan pengemar bagi kaum yang mahu percaya”. 
189. Ialah yang jadikan kamu dari diri yang satu, dan ia jadikan daripadanya isterinya supaya ia bersenang-senang dengan dia. Maka tetakala ia sentoh dia, mengandunglah ia  satu kandungan yang ringan, lalu ia terus dengan dia, maka tetakala telah berat, dua-dua nya berdoa kepada Allah, Tuhan mereka; “Jika engkau beri kepada kami anak laki-laki yang baik, nescaya adalah kami daripada orang-orang yang berterima kasih”.
190. Maka tetakala ia beri kepada mereka berdua anak laki-laki yang baik, mereka adakan baginya sekutu-sekutu dalam apa yang ia berikan kepada mereka. Maha suci Allah dari apa yang mereka sekutukan !.


191. Apakah (patut) mereka sekutukan apa-apa yang tidak bisa menjadikan sesuatu, bahkan merekalah yang dijadikan ?”.
192. Dan tidak bisa mereka menolong orang-orang itu, dan diri-diri mereka sendiri pun tidak bisa mereka tolong.
193. Dan jika kamu ajak mereka kejalan pertunjuk, mereka tidak akan ikut kamu, sama (sahaja) bagi kamu, mahu pun kamu ajak mereka atau pun kamu diam.
194. Sesungguhnya mereka yang kamu seru selain daripada Allah itu hamba-hamba seperti kamu lantaran itu, (cubalah) kamu seru mereka, lantas (cubalah) mereka perkenankan (permintaan) kamu, jika memang kamu orang-orang yang benar.
195. Adakah bagi mereka kaki-kaki yang mereka bisa berjalan dengan nya atau adakah bagi mereka tangan-tangan yang mereka bisa pegang dengan nya, atau adakah bagi mereka satu-satu pegang dengan nya, atau adakah bagi mereka mata-mata  yang mereka bisa lihat dengan nya, atau adakah mereka telinga-teinga yang mereka bisa dengar dengan nya?  Katakan lah; “serulah sekutu-sekutu kamu, kemudian lakukan lah tipu daya kamu kepada ku, dan janganlah beri tempoh kepada ku”.
196. Sesungguhnya penolong ku ialah Allah, yang telah turunkan kitab , dan ia menolong orang-orang yang baik”.
 197. Dan mereka yang kamu seru selain daripadanya itu tidak bisa menolong kamu dan tidak bisa mereka tolong diri-diri mereka sendiri”.
198. “Dan jika kamu seru mereka kejalan pertunjuk, mereka tidak akan dengarkan”, dan engkau lihat, bahawa mereka melihat mu, pada hal mereka tidak melihat.
199. Berilah maaf, dan suruhlah (manusia)  berbuat kebaikan, dan berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.
200. Dan jika mengenai mu satu ganguan dari syaitan, maka hendaklah engkau berlindung kepada Allah, sesungguhnya ia mendengar, mengetahui.


201. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu, apabila mengenai mereka ganguan dari syaitan, mereka ingat, lalu mereka lihat.
202. Dan saudara-saudara mereka menolong mereka dalam (mengerjakan) kesesatan, kemudian mereka tidak berhenti.
203. Dan apabila engkau tidak bawakan kepada mereka satu ayat, mereka berkata; “mengapakah engkau tidak adakan dia?” katakan lah; “aku hanya Taurat apa yang Tuhan ku wahyu kan kepada ku, ini beberapa penerangan dari Tuhan kamu, dan satu pertunjuk dan satu rahmat bagi orang-orang yang mahu percaya”.
204. Dan apabila dibaca Quran, maka dengarkan lah dia dan diamlah dengan memperhatikan, supaya kamu diberi rahmat.
205. Dan sebutlah Tuhan mu dalam hati mu dengan merendah diri dan takut, dan dengan tidak keras suara, pada waktu pagi dan petang-petang, dan jangan lah engkau jadi daripada orang-orang yang lalai.
206. Sesungguhnya mereka yang disisi Tuhan mu, tidak ingkar dari beribadat kepadanya dan mereka ucapkan pujian bagi nya, dan kepadanya lah mereka sujud.



{8}  
Al-ANFAL  (Rampasan).
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.

1. Mereka akan bertanyakan kepada mu tentang barang rampasan (perang). Katakan lah; “rampasan itu  bagi Allah dan Rasul, lantaran itu, berbaktilah kepda Allah dan perbaikilah keadaan antara kamu dan  taatlah kepada Allah dan Rasul nya, jika (benar) kamu orang-orang yang beriman”.
2. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, ialah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, takutlah  hati-hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat nya, menambahkan bagi mereka keimanan, dan kepada Tuhan merekalah, mereka berserah diri.
3. (Iaitu) orang-orang yang mendirikan sembahayang dan membelanjakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka.
4. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sungguh-sungguh adalah bagi mereka beberapa darjat pada sisi Tuhan mereka dan keampunan dan kurnia yang mulia.
5. Sebagaimana Tuhan mu keluarkan mu dari rumah mu dengan kebenaran, pada hal sesungguhnya segolongan dari kaum mukmin tidak suka.
6. Mereka membantah mu tentang kebenaran itu, sesudah nyata, seolah-olah mereka diseret kepada maut, pada hal mereka lihat.
7. Dan ingatlah tetakala Allah janjikan kepada kamu salah satu daripada dua golongan, bahawa ia itu untuk kamu, tetapi kamu mahu, bahawa yang tidak bersenjata itu untuk kamu, dan Allah mahu membuktikan kebenaran dengan kalimat-kalimat nya dan menghabiskan akar-akar kaum kafir.
8. Untuk ia tetapkan kebenaran dan hapuskan  kebatilan, walau pun tidak dimurkai oleh orang-orang yang berdosa.
9. Ingatlah tetakala kamu minta tolong kepada Tuhan kamu, lalau ia perkenankan bagi kamu, (sambil berkata) ;  “sesungguhnya aku akan tolong kamu dengan seribu malaikat yang ber iring-iring”.
10. Dan Allah tidak adakan (bantuan) itu, melainkan sebagai pengemaran dan supaya hati-hati kamu jadi tetap dengan nya, dan tidak ada pertolongan, melainkan dari sisi Allah, sesungguhnya Allah itu gagah, bijaksana.


11. Ingatlah tetakala ia jadikan kamu mengantuk sebagai keamanan daripadanya, dan (ingatlah tetakala) ia turunkan atas kamu dari langit, air untuk ia bersihkan kamu dengan nya, dan ia hilangkan dari kamu kekotoran syaitan, dan untuk ia kuatkan hati-hati kamu, dan tegohkan dengan nya pendirian kamu.
12. Ingatlah tetakala Tuhan mu wahyukan kepada Melaikat “Sesungguhnya aku bersama kamu, oleh yang demikian, tetapkan lah (hati)  orang-orang yang beriman, aku akan letakkan ketakutan dalam hati orang-orang yang kafir itu, maka pancunglah leher-leher mereka dan putuskan lah tiap-tiap hujung jari mereka”.
13. “Yang demikian, lantaran mereka melanggar (perintah-perintah) Allah dan Rasulnya, dan barang siapa  melanggar (perintah-perintah) Allah dan Rasulnya, maka sesungguhnya Allah itu pedih seksaan nya”.
14. “Demikianlah, maka rasa kan lah dia  ! kerana sesungguhnya bagi orang-orang kafir ada seksaan neraka”.
15. Hai orang-orang yang beriman ! apabila kamu betemu orang-orang kafir (waktu) bertempur, maka janganlah kamu palingkan punggung-punggung kamu kepada mereka.
16. Kerana barang siapa palingkan belakang nya kepada mereka dihari itu – kecuali kerana mahu mengatur (cara) peperangan atau kerana mahu besatu dengan satu golongan – maka sesungguhnya ia kembali dengan kemarahan dari Allah dan tempatnya dineraka, dan ia itu sejelek-jelek tepat kembali ‘
17. Maka bukankah kamu bunuh mereka, tetapi Allah yang bunuh mereka, dan tidak engkau melempar, waktu engkau melimpar, tetapi Allah yang melempar, kerana ia mahu beri kepada orang-orang mukmin, dari (peperangan) itu, satu nikmat yang bagus, sesungguhnya Allah, mendengar, mengetahui.
18.  Demikianlah, kerana sesungguhnya Allah melemahkan tipu daya orang-orang kafir.
19. Jika kamu (kafirin) minta kemenangan, maka sesungguhnya telah datang kepada kamu kemenangan, dan jika kamu berhenti, maka (berhenti) itu baik bagi kamu, dan jika kamu  kembali (perang) nescaya kami (juga) akan kembali, dan golongan kami tidak memberi faedah kepada kamu sedikit pun, walau pun ia banyak, kerana sesungguhna Allah bersertakan orang-orang yang beriman.
20. Hai orang-orang yang beriman ! taatlah kepada Allah dan Rasulnya, dan janganlah  kamu berpaling daripada nya, pada  hal kamu mendengar.


21. Dan janganlah kamu jadi seperti orang-orang yang berkata; “kami telah dengar” pada hal mereka tidak mendengar.
22. Sesungguhnya sejahat-jahat  makhluk yang merayap pada sisi Allah, ialah orang-orang yang tuli, bisu, dan tidak mahu mengerti.
23. Dan kalau Allah tahu, (bahawa) pada  mereka ada kebaikan, nescaya Allah bikin mereka dengar, dan kalau Allah bikin mereka dengar, tentu mereka akan  berpaling, pada hal mereka menjauhkan diri. 
24. Hai orang-orang yang beriman ! perkenankan lah (seruan)  Allah, dan Rasul nya apabila ia seru kepada mu kepada apa yang menghidupkan kamu  dan ketahui lah bahawa  Allah hendak menghalangi antara seseorang dan hatinya, dan (ketahuilah) bahawa sesugguhnya kepadanya lah kamu akan dikumpulkan.
25. Dan hendaklah kamu jauhi fitnah yang tidak akan mengenai orang-orang yang zalim dari antara kamu sahaja, dan ketahuilah bahawa Allah itu pedih seksaan nya.
26. Dan ingatlah, tetakala (bilangan) kamu sedikit yang dihinakan dibumi, kamu takut  manusia sambar kamu, maka Allah beri perlindungan kepada kamu dan ia teguhkan kamu dengan pertolongan nya dan ia kurniakan kepada  kamu sebahagian dari (barang-barang) yang baik, supaya kamu berterima kasih.
27. Hai orang-orang yang beriman ! jangan  kamu khainat kepada Allah dan Rasul nya, dan (jangan) kamu khainat kepada amanat-amanat kamu, pada hal kamu tahu.
28. Dan ketahuilah, bahawa se nya harta-harta kamu dan anak-anak kamu, tidak lain, melainkan percubaan dan (ketahuilah) bahawa sesungguhnya Allah  pada sisinya lah ada ganjaran yang besar.
29. Hai  orang-orang yang beriman !  jika kamu berbakti kepada Allah, nescaya ia akan adakan bagi kamu pembiza (furqaan) dan ia akan hapuskan dari kamu kejahatan-kejahatan kamu, dan ia akan ampunkan kamu, kerana Allah itu,  yang mempunyai kurnia yang besar.
30.  Dan ingatlah tetakala orang-orang kafir mengatur tipu daya terhadap mu buat menawan mu atau membunuh mu atau mengeluarkan mu,  mereka mengatur tipu daya, tetapi Allah balas mengatur tipu daya, kerana Allah itu sepandai-pandai pembalasan tipu daya (mereka).


31. Dan apabila diunjuk kan kepada mereka ayat-ayat kami, mereka berkata; “sesungguhnya kami  sudah dengar. Kalau kami mahu, kami bisa berkata seperti itu. (Quran) ini tidak lain melainkan cerita-cerita orang-orang dahulu”.
32. Dan ingatlah tetakala mereka berkata; “ya Tuhan ! jika adalah (Quran) itu kebenaran dari sisi mu, maka turunkan lah hujan batu atas kami dari langit atau kenakan lah kami azab yang pedih”.
33. Dan tidak sekali-kali Allah akan seksa mereka selama engkau ada pada mereka, dan tidak sekali-kali  Allah akan seksa mereka, pada hal mereka minta ampun.
34. Dan mengapakah  mereka tidak (patut) diseksa oleh Allah, pada hal mereka larang (muslimin) masuk Al-Masjidil Haram, sedangkan mereka bukan pengurusnya ?  kerana tidak lah ada pengurusnya, melainkan orang-orang yang berbakti, tetapi kebanyakan dari mereka tidak tahu.
35. Dan tidak lain sembahayang mereka dirumah itu, melainkan bersiul dan bertepuk tangan, maka rasalah azab dengan sebab kekufuran kamu.
36. Sesungguhnya orang-orang kafir, membelanjakan harta-harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka akan belanjakan dia, kemudian (harta) itu akan jadi sesalan atas mereka, kemudian mereka akan dikalahkan, dan orang-orang kafir itu, kedalam (neraka) jahanamlah akan dihimpunkan.
37. Kerana Allah hendak membezakan yang busuk dari yang baik, dan ia jadikan yang busuk sebahagian nya atas sebahagian, lalu ia kumpulkan sekelian nya, kemudian ia masukkan dia kedalam (neraka) jahanam, mereka itu lah orang-orang yang rugi.
38. Katakan kepada orang-orang kafir, bahawa jika mereka berhenti, nescaya diampunkan bagi mereka apa yang telah lalu, dan jika mereka kembali maka telah lalu contoh orang-orang dahulu.
39. Dan perangilah mereka, supaya tidak ada (lagi) fitnah, dan supaya jadilah agama semuanya kerana Allah, maka kalau mereka berhanti , sesungguhnya Allah melihat apa yang mereka kerjakan.
40. Dan jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa Allah pengurus kamu, sebaik-baik pengurus dan sebaik-baik penolong.