Saturday, 10 September 2016

Surah AlBaqarah (225~226)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 225:
Ringkasan tafsir;
Bersambung dari ayat 224 diatas,
Orang yang bersumpah atas nama Allah dengan tidak sengaja tidaklah berdosa. Tapi jika sumpah itu disengajakan maka berdosalah dan hendaklah bayar kafarah.

(lihat ayat 89 Surah Al-Maidah).

,
Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 226:
Ringkasan tafsir;
Dilarang suami bersumpah dengan menyebut “aku bersumpah tidak akan bersetubuh dengan kamu selama 1 tahun”  kepada isterinya. Jika berbuat demikian maka apabila isteri mengadu kepada hakim dan suami tidak kembali dalam tempoh 4 bulan maka gugur talaknya. Dan jika suami bertaubat dan membatalkan sumpah dengan membayar kafarah, maka Allah penyayang kepada sekelian umat yang bertaubat.

Adapun kafarah itu terdiri 3 perkara untuk buat pilihan,
1. Memerdekakan seorang hamba mukmin.
2. Memberi makan 10 orang meskin dengan secukupnya.
3. Memberi sepersalinan kepada mereka,

4. Dan jika perkara diatas tidak mampu dilaksanakan, maka hendaklah suami tersebut berpuasa 3 hari
.

Surah AlBaqarah (223~224)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 223:
Ringkasan tafsir;
Bersambung dari ayat 222 yang lepas, hendaklah kamu hampiri isteri-isteri cara mana yang kamu sukai dan kerjakan lah amalan yang baik untuk diri mu dan isteri mu dan mulakan lah dengan bacaan basmalah dan doa “Ya Allah, hindarkanlah kami berdua ini dari syaitan”, mudahan mendapat zuraiat yang baik dan anak yang soleh.

Dan janganlah kamu bersetubuh isteri kamu menerusi saluran belakang yang dilaknat oleh Allah.
,
,
Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 224:
Ringkasan tafsir;
Allah melarang manusia mengadakan sumpah atas nama Allah yang menghalang membuat kebaikan. Maka orang yang terlanjur berbuat demikian hendaklah kembali kepada Allah dan hendaklah sumpahnya dibayar kafarah.  mengikut sukatan, dan sesungguhnya Allah mengetahui apa yang diniatkan.
(lihat ayat 89 Surah Al-Maidah).




[Previous] [Next]

Sumber,
Terjemahan, 221~230,
[GS] https://sites.google.com/site/tmknajidyahoo/2/1
Ulasan 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr    
Link:
[G+] https://plus.google.com/115463082623421856555/posts/7ZnTBrq4UZR